Tuesday 8 December 2015

KERJA KAWEN!

Assalamualaikum & Selamat Petang!!!!!!!!!!


Sebenarnya ni kira macam cerita setahun lepas tapi gatal nak share jugak la. Mane la tau kot2 nanti gambar softcopy semua hilan at least ada la melekat kat sini barang sekeping dua. Dia punya setahun cerita ni sampai aku dah ada anak nama Umar Benzayd la jugak. Ahahaha. Aku kencing je. Nama anak aku Muhammad Umar Bin Zaidi.

Che' Umar
Back to cerita kawen, dia punya preparation macam biasa je la. Tipu la kalau kau kata takdak hectic langsung. Tapi memang aku dari awal tak nak buat grand atau ikut trend sangat. Sebab kalau ikut trend ni kena banyak fulus. Tapi aku memang aim 2 perkara untuk kahwen. First : photographer. Second : Make-up.


Tedia aku punya reaction

Jujurnya aku ni rupa tak berapa nak ada. Jedi pon duk kutuk2 aku pasal ni hahahahaha. Jadi aku kena la buat test mekap. Mase tunang aritu pon dia tak berapa berkenan mekap aku. Tapi dia so-so la. Kira passable la (dari Zie Sri Mas Andaman yang bajet profesional mekap artist kononnya tu). Tapi untuk nikah sanding ni aku rasa mekap aku memang 98% perfect la. Kak Hanim tu punya mekap sampai Jedi diam la. Photographer pulak kitorang ambil kawan Jedi, Mashelmy tapi harga kira harga biasa. Kena la faham kawan tu pun berbisnes jugak.


Ni belum edit. Hang bayangkan lepas edit jadi lagu mana


Kitorang dua ada masalah posing. Almaklum la bukan model. Nak2 pulak masing-masing keras kayu. Segan siot nak posing. Last2 Mas sound kitorang," Korang anggap je aku takde kat sini. Buat apa yang selalu korang buat. Jadi fikir hasil dia. Tu keje aku". Cheesecake sungguh. Tapi memang hasil dia aku suka la. Dulu dia wedding photographer untuk Zakuan Adha dengan Ayu Raudhah tu. Berhabis sikit takpe la janji hasil kau puas hati.

Jadi untuk gift, pelamin baju nikah sanding segala tu aku ambil tangkap muat je la. Lagipon badan aku yang kurus nak mampus ni muat je semua. Nikah aku malas nak pakai power2. Jadi aku sarung je apa yang butik tu ada. Shawl aku beli sendiri la kat Radiusite . Apatah nama shawl dia, Aimee Royal kot kalau tak silap. Lepas tu aku taknak pakai tiara. Jadi aku beli la headband harga RM9.90 kat instagram. Dah pulak tu siap putus lagi getahnya masa tengah bersiap nak nikah. Jadi aku pinkan ala kadar je la.



Lebih kurang macam ni la headband dengan instant shawl

Nikah after Zuhur. Tok kadi datang lambat. Zedi dah peluh2 tunggu tok kadi. Rileks jek orang tua tu datang sambil cakap,"Maap. Saya tertido~". Nak marah tak boleh. Karang tak kawen pulak. Kahkahkah.

Aku rilek je sebab duduk dalam bilik. Hahahahaha!~

Panas ke bang?~

Zedi ni jenis gemuruh orangnya. Jadi ada la part2 yang dia terkantoi dengan tok kadi tu. Tapi............


Dia kata " Rileks2..Gelabah2 nak pegi mana"

Nikahnya sekejap je. Kitorang ajak tok kadi amek gambar. Tapi dia taknak. So mostly semua gambar kitorang berdua je la. With the rest of family~

Gelak sopan aku power tak???



Sakit hati aku dengan cincin ni. Hajat nak batu kaler2 tak tercapai. Sob2~
Jadi kiranya selesai lah majlis nikah2. Nanti2 bila2 aku rajin aku apdet lah pasal sanding. Ni pon terperap sampai seminggu.Majlisnya setahun yang lepas. Hahahahaha. Ciau!~



Thursday 13 June 2013

The E-day!

Assalamualaikum.

It's been awhile since my e-day. aku pon tak rajin nak upload bagi orang tengok my picture sebab aku tahu takde orang yang akan tengok pon.huahuahua..

My engagement day took place on last 25th May 2013 (Sat) which I was trying to pleased everyone and luckily we end up with everyone satisfied Alhamdulillah. But mind you, I'm broke already because of the majlis. Too many last minute add-on such as tambah orang untuk catering. Yes, I am using catering sebab taknak susahkan family. kesian diorang susah2 buat majlis. Nak masak2 bagai lah. Tambah tolah lebih dari 150 orang kot yang datang majlis. Nasib baik adik lelaki aku ada tolong buatkan gubahan hantaran.

Le' Brother, Ahmad Khushairy
 
 
Yes. Memang aku agak over di situ. Habis tu nak buat macamane. Muka aku banyak parut jerawat. So Imma need a Make Up Artist to touch up mana yang perlu. The make up taklah sengsara mana, cuma lipstick je aku tak suka. Rasa macam ada benda melekat di bibir. Mungkin sebab tak biasa kot. Walaupun wajahku banyak parut jerawat, tapi aku tak lah suka apply mekap yang tebal. asal tutup parut je dah lah. Kalau setakat nak letak kat Facebook atau Instagram atau Twitter jadah semua tu, aku edit lah mana yang patut. lebih kurang macam ni lah :
 
parut jerawat still invisible but who cares? Asalkan aku rase diri aku comel sudah lah~
 

Berbalik kepada topik utama, sebenarnya bertunang ni banyak jugak keluar belanja. It depends on how perfect you want the majlis to be. Bukan how GRAND you want it to be, but PERFECT. My man-to-be is the type of perfectionist sikit (part yang aku tak berapa nak berkenan dengan mamat ni). He is anak bongsu, so he kind of wanting a mini-dais so that he can tangkap gambar atas tu. So aku ok je, asalkan dia keluarkan duit. My pelamin end up being Rm550, after we reject their package atas sebab2 tertentu. So mungkin diorang balas dendam, diorang letak la harga macam tu. Nasib baik lah pelamin tu cantik. Rujuk gambar di bawah untuk gambar pelamin.
 
 
Gambar ni takde edit ye. So memang pelamin dia pawer lah. Untuk RM550 dan orang kampong macam aku ni. Orang yang datang dah ingat aku ni nikah. Khemah pon sampai 2 khemah naik. Hailah Hailah~
 
My make-up and baju by orang yang sama. Kakak tu baik sangat and lemah lembut je. Dia kata susah jugak nak mekap aku sebab kulit muka warna tak sekata. I've told ya, my parut jerawat memang teruk. So bila budak2 perempuan yang parut seketul pon tergedik-gedik macam beruk kata dah tak chantek tu memang aku rasa nak tendang-tendang je. Memang tak bersyukur langsung! Huh! Baju + Mekap = RM370.
 
 
Tudung tu aku beli sendiri la. Aku beli kat Radiusite dengan harga RM110 kot. Before discount. Masa tu ada promo maka aku pon dengan poyonya pegi beli. Sekarang aku tak tahu bila nak pakai lagi shawl halfmoon ni. Sarat bebenor rupenya~
 
Hantaran untuk si lelaki. Berpinar biji mata aku tengok kek, Cupcakes dengan Fererro Rocher tu. Berpinar tahu??
 
Aku nak cerita apa lagi ye? Oh ya. Sebelum majlis aku, kitorang buat marhaban and naik buai untuk anak sedara aku. Nanti lain-lain kali lah aku update pasal majlis diorang. Katering untuk 150 orang X RM7.50 = RM1125. The menus was Nasi Puteh, Nasi Minyak, Dalca, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, and ape entah aku dah tak ingat. Semuanya sebab aku hyper sangat sebab dah bergelar tunangan orang. Cincin 2 bentuk (tarak batu punya sebab aku kerja ada libatkan mesin di production) RM1000 kot sebab yang tunang punya berat walaupun kosong. Makanya bila orang niat nak curi, dia pon takde hati sebab cincin aku Nampak macam cincin bodoh je. Aku tak ingat lah berhabis berapa untuk barang hantaran. Kalau rajin sila kira sendiri. Aku bagi coarse figure je ye. Jersi Perak ori RM100, kek SR RM90, Cupcake RM75 kot, Baju melayu RM150.
 
Lagi apa ye? Oh, aku ada buat bubble talk yang bodoh tu. Alah, yang kau pegang sesaje untuk tangkap gambo tu. Something like this :
 
Like This..
 
And This..
 
Aku buat sendiri je. Setelah penat cari dan mencari. Akhirnya aku print kertas di kilang. Pastu rembat Layer Pad kat kilang. Bapak selambenya aku. Hahaha.. Tapi macam power lah jugak benda ni. Lagi apa aku nak cerita? Macam dah tak ada stori je. next2 time bila aku ingat aku up la lagi cerita. Untuk sementara waktu ni cukup lah kot.
 
Till then.
 
 



Monday 29 April 2013

Mentaliti

Assalamualaikum and hye there!!

Anyway sebenarnya there is nothing for me to write here.but still I dunno.I felt that I SHOULD write something. And aku pun tidak tahu kenapa tajuknya mentaliti.and tak pasti juga sama ada ia ada kaitan dengan PRU ke-13 yang bakal berlangsung 5 Mei ini.

Alang-alang tajuknya dah begini,maka lebih baik kiranya aku teruskan saja.By the way disebabkan aku dah pick up the political issue before, lebih baik if aku eloborate saja tajuk ni.

I've to admit I am not that so-called fan of this parti2 politik. And aku memang rasa orang yang bercakap/berkecimpung dalam politik adalah sangat hebat.politik bagi aku tempat untuk bersuara,bertekak,bertukar idea dan mungkin juga bermengumpat(yeah,aku telah merosakkan bahasa melayu. Pak Samad,maafkan saya.hehe)

Family aku majoriti is proposition (mereka tak pernah cakap kerana undi itu rahsia.but if you've already gebang all the way, tak ke satu kampung boleh tahu??). So by the look of it, aku dibesarkan dengan political view seperti yang berkenaan. Anyway aku bukan jenis yang mudah terpengaruh. But lately aku rasa keadaan politik negara kita seperti meruncing. It is like nobody wants to hear anybody opinion lagi. Seperti mereka sahaja yang betul and if sesiapa membantah, mereka salah. Mana perginya hak individu yang dicanang canang? Oh, time kau pakai skirt singkat2 baju belah dada, pandai pulak bersuara kata itu hak kendiri.

I'm not an oppositioner neither government. But please, where've all the respect gone? Kenapa semua ni berlaku? It isnt a crime to respect each other belief. Sama seperti agama. Correct me if I'm wrong.

I wish we have a better MALAYSIA. Bukan Malaysia yang orang cakap pemimpin berskandal pasal lembu, bukan Malaysia yang pemimpinnya dituduh gay atau gila seks. Bukan juga Malaysia yang mana pemimpinnya dikecam tentang model dibom oleh C4. Aku mengharap Malaysia dibawah pimpinan orang yang boleh bawa pasukan bola sepak ke Piala Dunia, atau Malaysia menjadi negara bertata tertib dimana tiada lagi toilet awam dengan tahi terapung atau berselepat sampai ke dinding. I wish all of us is a BETTER MALAYSIAN.

I wish.

Wednesday 22 June 2011

Fikir (sampai lebam)

Maybe ramai yang tak tau,tapi perempuan adalah pemikir yang sangat bagus.Sebab benda2 yg tak perlu fikir pun,dorang akan tolong fikirkan (termasuklah cara untuk menghabiskan duit.haha).Aku pun sebenarnya terlebih fikir jugak.Mase break-up dgn BF aku dulu pun,macam2 aku fikir.Dia ingat aku tak,dia tengah buat ape dengan girlfriend baru dia,pendek kata;segala macam yang aku mampu fikir pun aku taram fikir.

Ok now,aku pun terfikir (see,fikir lagik!ces) macam mana nak kurangkan aktiviti memikir ni.Ada satu keadaan dimana BF aku ni ajak keluar supper kat mamak.Aku kan orang baek,so aku on je la.Orang nak blanje,orang bodoh jek yang tolak.Haha.Kitorang ni ada la plan nak buat something for FB notes,so dia bawak laptop dia skali.Nak jadi cerita,mase aku godek2 laptop tuh,aku jumpe la satu folder nih;penuh pic ex-girlfriend yg mase kitorang break-up sekejap tu.Aku rase sedih sangat2 time tu.Cop2,apesal xdramatik nih?Rewind please!Aku rase SEDIH SANGAT2 sampai nak meraung2 sambil cucuk mata macam kasim safe(I know dat sounds like over,so what?haha).Tapi memang aku sedih.At that time,otak aku jammed sebab aku cume FIKIR why should her pic still inside his Happy?Yang beshnya,muka aku totally berubah.Secara logiknya,aku boleh hempas jek Happy tu atas lantai,bagi sakit hati hilang.Peduli ape,bukan laptopku pon;haha.Tapi aku tak buat;itu la sebabnya.I choose to be orang yang 'lebih-baik-tapi-hati-lebih-sakit'.And macam biasa,lelaki dengan sifat mereka cube meng'cover' salah bila sudah kantoi.Ape yang aku cube sampaikan adalah,tahap pemikiran aku yang dah melayang2 sampai ke Vladivostok mungkin,membuatkan aku takde pilihan lain selain tulis atas secebis kertas;ayat berikut :-

HATI,TOLONGLAH JANGAN SAKIT LAGI.PLZ PRETEND THERE'S NOTHING WRONG AND SAVE ME.TQ

And aku telan.Yeah,aku telan kertas tu sbb aku tanak timbulkan pergaduhan.But u know,pretending is really hard.Sebab sebenarnya otak aku sedang memikirkan perkara2 berikut :-

1)Dia sayang lagi pada gadis itu kah?
2)Kenapa simpan jika mahu lupakan?
3)Patutkah aku tolong deletekan?
4)Walawei,ko nak curang lagi ke,man....
5)Aku salah step kah?Maybe I shouldn't come back,ain't it?
6)Motif ko simpan pic dia weh?
7)Ape kate aku simbah ko dgn kopi o ni and berambus balik jalan kaki?
8)Entah2 dia ni slalu tengok pic2 ni x.....
9)Dia rasa menyesal ke patah balik kat aku????????
10)Etc.. (xsampai ati nak tulih semua)

But the thing is,no matter how hard you think,and how bad the thing you thinks about,you still didn't get anything.It is the way you handle it.Yap,maybe after you make a decision,you might've say something like,"I wish I didnt do dat","I wish I do it another way".Actually you brain cannot stop thinking.Either it's bad or good things.Otak aku tak sebagus mane,sebab kadang2 ia berhenti berfungsi secara tiba2 (definisi kemas untuk perkataan 'blur').So kadang2 aku bertindak di luar kawalan pemikiran.Dan selalunya tindakan luar kawalan pemikiran ni akan menjerumuskan aku pada benda2 yang tak sepatutnya.Seperti menyakitkan hati orang lain atau being the most annoying human being ever.And it hurts a lot of people around me.All that I loved.


I just want orang untuk faham keadaan aku,BF aku untuk faham keadaan aku.You can't expect more when you lending less.Aku perempuan biasa,bak kata orang yang sedang2 saja.Aku cuma nak dia fahami aku yang apa yang boleh aku bagi cuma sesuatu yang ikhlas,yang memang datang dari jiwa aku.Mungkin cara aku interprate tu pelik,but I'm trying,and damn hard trying.And still trying and keep trying until dead.Aku cuma nak perkataan 'JUJUR' dengan 'IKHLAS' tu wujud balik dalam diri aku.Sebab selagi 2 perkataan ni hilang,perkataan 'PERCAYA' tak boleh muncul.

Hm.Aku harap aku berhenti 'FIKIR' yang dia tak jujur dengan aku.tu je.End.

Saturday 18 June 2011

Cendol & Demam

Okies, ni 1st entry.I didn't think of anything yang berat2 pun.Anyway,semalam aku punya BF demam.Quite serious jugak,tapi tak tau la kalau dia 'kencing' aku.Aku pergi rumah dia,fetch him up.And disebabkan aku takde lesen kereta,terpaksa la jugak aku bawak 'Pagani zonda' aku tu.Nak jadi cerita,memang dia ni demam betul la.Tapi kan,part yang tak beshnya,kitorang dah halfway pegi klinik,dia ni boleh nak change plan.Aku ala-ala nak hot la jugak.Tapi orang demam kan;so sila la bersabar.cis~

Kitorang pusing punya pusing,sampai la ke seksyen 16.Malang 36x ganda,aku ni spesies yang memang takkan SENTUH mahupun TENGOK cendol.To make it worst,aku geli.Tak tau la kenapa.Dan aku cakap malang,sebab pakcik tu memang jual cendol semata.No laksa,no jus jambu,no anything.Just CENDOL.Aku ingatkan mamat ni consider la nak pergi tempat lain yang mana wujudnya menu2 selain dari cendol.Malangnya tekaan aku silap.Dia dengan selamba order 2 mangkuk cendol pulut;siap tambah kacang.Mata aku dah bulat ni,mase dia hulur mangkuk cendol tu kat aku.Terkebil-kebil la aku kat situ.

BF aku cume cakap,"Aku tau ko tak makan cendol,tapi makan la,untuk aku..."Ceh,gaya macam nak meninggal esok jek.Aku pun memasrahkan diri je la.Gila la!Setiap suapan buat aku rase nak muntah.Aku betul2 clearkan otak aku dari fikir yang cendol tu macam cacing atau hingus atau benda-benda kotor yang lain.Aku cume fikir makan,pastu balik.Lepas makan (actually aku makan pulut jek,haha), aku ingatkan dia nak pergi klinik."Takpe,aku dah sehat"Memang berasap la aku dengan ayat tu.Tapi disebabkan kaseh sayang aku terhadap dia(konon-kononnya la),aku pun layankan je la.

Tapi aku terfikir sesuatu tentang benda ni.Sebelum ni kat Jusco Ipoh,aku termuntah tengok 'benda alah' tu.SERIOUS.Tapi ajaibnya sebab aku berjaya telan benda tu semalam.Tetiba aku rase aku ni agak hebat jugak sebenarnya.haha.Actually sometimes kita fikir tak boleh,tapi sebenarnya geli-geli je kita boleh setelkan benda2 tu.Play your mind smartly,huh?

Maybe I should go and try to catch lipas.I'll tell ya in next entry (kalau berjaya la).