Thursday 13 June 2013

The E-day!

Assalamualaikum.

It's been awhile since my e-day. aku pon tak rajin nak upload bagi orang tengok my picture sebab aku tahu takde orang yang akan tengok pon.huahuahua..

My engagement day took place on last 25th May 2013 (Sat) which I was trying to pleased everyone and luckily we end up with everyone satisfied Alhamdulillah. But mind you, I'm broke already because of the majlis. Too many last minute add-on such as tambah orang untuk catering. Yes, I am using catering sebab taknak susahkan family. kesian diorang susah2 buat majlis. Nak masak2 bagai lah. Tambah tolah lebih dari 150 orang kot yang datang majlis. Nasib baik adik lelaki aku ada tolong buatkan gubahan hantaran.

Le' Brother, Ahmad Khushairy
 
 
Yes. Memang aku agak over di situ. Habis tu nak buat macamane. Muka aku banyak parut jerawat. So Imma need a Make Up Artist to touch up mana yang perlu. The make up taklah sengsara mana, cuma lipstick je aku tak suka. Rasa macam ada benda melekat di bibir. Mungkin sebab tak biasa kot. Walaupun wajahku banyak parut jerawat, tapi aku tak lah suka apply mekap yang tebal. asal tutup parut je dah lah. Kalau setakat nak letak kat Facebook atau Instagram atau Twitter jadah semua tu, aku edit lah mana yang patut. lebih kurang macam ni lah :
 
parut jerawat still invisible but who cares? Asalkan aku rase diri aku comel sudah lah~
 

Berbalik kepada topik utama, sebenarnya bertunang ni banyak jugak keluar belanja. It depends on how perfect you want the majlis to be. Bukan how GRAND you want it to be, but PERFECT. My man-to-be is the type of perfectionist sikit (part yang aku tak berapa nak berkenan dengan mamat ni). He is anak bongsu, so he kind of wanting a mini-dais so that he can tangkap gambar atas tu. So aku ok je, asalkan dia keluarkan duit. My pelamin end up being Rm550, after we reject their package atas sebab2 tertentu. So mungkin diorang balas dendam, diorang letak la harga macam tu. Nasib baik lah pelamin tu cantik. Rujuk gambar di bawah untuk gambar pelamin.
 
 
Gambar ni takde edit ye. So memang pelamin dia pawer lah. Untuk RM550 dan orang kampong macam aku ni. Orang yang datang dah ingat aku ni nikah. Khemah pon sampai 2 khemah naik. Hailah Hailah~
 
My make-up and baju by orang yang sama. Kakak tu baik sangat and lemah lembut je. Dia kata susah jugak nak mekap aku sebab kulit muka warna tak sekata. I've told ya, my parut jerawat memang teruk. So bila budak2 perempuan yang parut seketul pon tergedik-gedik macam beruk kata dah tak chantek tu memang aku rasa nak tendang-tendang je. Memang tak bersyukur langsung! Huh! Baju + Mekap = RM370.
 
 
Tudung tu aku beli sendiri la. Aku beli kat Radiusite dengan harga RM110 kot. Before discount. Masa tu ada promo maka aku pon dengan poyonya pegi beli. Sekarang aku tak tahu bila nak pakai lagi shawl halfmoon ni. Sarat bebenor rupenya~
 
Hantaran untuk si lelaki. Berpinar biji mata aku tengok kek, Cupcakes dengan Fererro Rocher tu. Berpinar tahu??
 
Aku nak cerita apa lagi ye? Oh ya. Sebelum majlis aku, kitorang buat marhaban and naik buai untuk anak sedara aku. Nanti lain-lain kali lah aku update pasal majlis diorang. Katering untuk 150 orang X RM7.50 = RM1125. The menus was Nasi Puteh, Nasi Minyak, Dalca, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, and ape entah aku dah tak ingat. Semuanya sebab aku hyper sangat sebab dah bergelar tunangan orang. Cincin 2 bentuk (tarak batu punya sebab aku kerja ada libatkan mesin di production) RM1000 kot sebab yang tunang punya berat walaupun kosong. Makanya bila orang niat nak curi, dia pon takde hati sebab cincin aku Nampak macam cincin bodoh je. Aku tak ingat lah berhabis berapa untuk barang hantaran. Kalau rajin sila kira sendiri. Aku bagi coarse figure je ye. Jersi Perak ori RM100, kek SR RM90, Cupcake RM75 kot, Baju melayu RM150.
 
Lagi apa ye? Oh, aku ada buat bubble talk yang bodoh tu. Alah, yang kau pegang sesaje untuk tangkap gambo tu. Something like this :
 
Like This..
 
And This..
 
Aku buat sendiri je. Setelah penat cari dan mencari. Akhirnya aku print kertas di kilang. Pastu rembat Layer Pad kat kilang. Bapak selambenya aku. Hahaha.. Tapi macam power lah jugak benda ni. Lagi apa aku nak cerita? Macam dah tak ada stori je. next2 time bila aku ingat aku up la lagi cerita. Untuk sementara waktu ni cukup lah kot.
 
Till then.
 
 



Monday 29 April 2013

Mentaliti

Assalamualaikum and hye there!!

Anyway sebenarnya there is nothing for me to write here.but still I dunno.I felt that I SHOULD write something. And aku pun tidak tahu kenapa tajuknya mentaliti.and tak pasti juga sama ada ia ada kaitan dengan PRU ke-13 yang bakal berlangsung 5 Mei ini.

Alang-alang tajuknya dah begini,maka lebih baik kiranya aku teruskan saja.By the way disebabkan aku dah pick up the political issue before, lebih baik if aku eloborate saja tajuk ni.

I've to admit I am not that so-called fan of this parti2 politik. And aku memang rasa orang yang bercakap/berkecimpung dalam politik adalah sangat hebat.politik bagi aku tempat untuk bersuara,bertekak,bertukar idea dan mungkin juga bermengumpat(yeah,aku telah merosakkan bahasa melayu. Pak Samad,maafkan saya.hehe)

Family aku majoriti is proposition (mereka tak pernah cakap kerana undi itu rahsia.but if you've already gebang all the way, tak ke satu kampung boleh tahu??). So by the look of it, aku dibesarkan dengan political view seperti yang berkenaan. Anyway aku bukan jenis yang mudah terpengaruh. But lately aku rasa keadaan politik negara kita seperti meruncing. It is like nobody wants to hear anybody opinion lagi. Seperti mereka sahaja yang betul and if sesiapa membantah, mereka salah. Mana perginya hak individu yang dicanang canang? Oh, time kau pakai skirt singkat2 baju belah dada, pandai pulak bersuara kata itu hak kendiri.

I'm not an oppositioner neither government. But please, where've all the respect gone? Kenapa semua ni berlaku? It isnt a crime to respect each other belief. Sama seperti agama. Correct me if I'm wrong.

I wish we have a better MALAYSIA. Bukan Malaysia yang orang cakap pemimpin berskandal pasal lembu, bukan Malaysia yang pemimpinnya dituduh gay atau gila seks. Bukan juga Malaysia yang mana pemimpinnya dikecam tentang model dibom oleh C4. Aku mengharap Malaysia dibawah pimpinan orang yang boleh bawa pasukan bola sepak ke Piala Dunia, atau Malaysia menjadi negara bertata tertib dimana tiada lagi toilet awam dengan tahi terapung atau berselepat sampai ke dinding. I wish all of us is a BETTER MALAYSIAN.

I wish.