Saturday 18 June 2011

Cendol & Demam

Okies, ni 1st entry.I didn't think of anything yang berat2 pun.Anyway,semalam aku punya BF demam.Quite serious jugak,tapi tak tau la kalau dia 'kencing' aku.Aku pergi rumah dia,fetch him up.And disebabkan aku takde lesen kereta,terpaksa la jugak aku bawak 'Pagani zonda' aku tu.Nak jadi cerita,memang dia ni demam betul la.Tapi kan,part yang tak beshnya,kitorang dah halfway pegi klinik,dia ni boleh nak change plan.Aku ala-ala nak hot la jugak.Tapi orang demam kan;so sila la bersabar.cis~

Kitorang pusing punya pusing,sampai la ke seksyen 16.Malang 36x ganda,aku ni spesies yang memang takkan SENTUH mahupun TENGOK cendol.To make it worst,aku geli.Tak tau la kenapa.Dan aku cakap malang,sebab pakcik tu memang jual cendol semata.No laksa,no jus jambu,no anything.Just CENDOL.Aku ingatkan mamat ni consider la nak pergi tempat lain yang mana wujudnya menu2 selain dari cendol.Malangnya tekaan aku silap.Dia dengan selamba order 2 mangkuk cendol pulut;siap tambah kacang.Mata aku dah bulat ni,mase dia hulur mangkuk cendol tu kat aku.Terkebil-kebil la aku kat situ.

BF aku cume cakap,"Aku tau ko tak makan cendol,tapi makan la,untuk aku..."Ceh,gaya macam nak meninggal esok jek.Aku pun memasrahkan diri je la.Gila la!Setiap suapan buat aku rase nak muntah.Aku betul2 clearkan otak aku dari fikir yang cendol tu macam cacing atau hingus atau benda-benda kotor yang lain.Aku cume fikir makan,pastu balik.Lepas makan (actually aku makan pulut jek,haha), aku ingatkan dia nak pergi klinik."Takpe,aku dah sehat"Memang berasap la aku dengan ayat tu.Tapi disebabkan kaseh sayang aku terhadap dia(konon-kononnya la),aku pun layankan je la.

Tapi aku terfikir sesuatu tentang benda ni.Sebelum ni kat Jusco Ipoh,aku termuntah tengok 'benda alah' tu.SERIOUS.Tapi ajaibnya sebab aku berjaya telan benda tu semalam.Tetiba aku rase aku ni agak hebat jugak sebenarnya.haha.Actually sometimes kita fikir tak boleh,tapi sebenarnya geli-geli je kita boleh setelkan benda2 tu.Play your mind smartly,huh?

Maybe I should go and try to catch lipas.I'll tell ya in next entry (kalau berjaya la).

No comments:

Post a Comment